Saturday, July 10, 2010

YUHANIS | ACARA BERANDAM & SANGGUL TRADISIONAL -SANGGUL LINTANG REMBAU

hai..salam untuk semua ..kali ini kami di KASEH berpeluang menjalankan satu acara yang penuh tradisi iaitu BERANDAM. Biasanya pengantin moden tidak mahu untuk berandam cukuplah dengan mencukur kening ..tetapi untuk Pengantin kami kali die mahukan sesuatu yang tradisional seperti nenek, ibu dan makcik-makcik dimana mereka telah diandam terlebih dahulu sebelum majlis persandingan. Kak Jaja ..Anis nak sesuatu yang tradisional..macam mak saya dulu-dulu.. dan saya nak pakai sanggul lintang...huhuhu dalam hati ni merupakan satu peluang yang tak boleh lepaskan..kebetulan saya memang mengenali pakcik yang masih aktif membuat sanggul lintang dan berandam..apalagi saya pun setuju dengan kehendak anis...inilah peluang untuk kita sama-sama menyaksikan semula orang lama-lama dahulu cara mereka menaikkan seri pengantin..memang anis malam tu cantik dan berseri-seri mata saya tak lekang melihat wajah anis...itu lah rahsia mak andam dulu-dulu..kanak-kanak dan saudara-saudara anis memuji-muji kecantikan anis pada malam berinai..memang cantik ...di sini saya ingin berkongsi bersama-sama viewer antara acara yang kami jalankan ketika berandam dan memakai sanggul lintang..
anis sebelum diandam
anis selepas diandam dan memakai sanggul lintang
anis siap dengan pakaian tradisional melayu - sanggul lintang



satu persatu perlu dicucuk..untuk membuat sanggul lintang ini ..kami memerlukan 3 jam untuk menyiapkan 1 sanggul lintang.oleh itu kerja-kerja menyanggul anis dimulakan seawal jam 5 petang .malamnya anis diarak menaikki tandu yang berbentuk sampan diarak keliling kampung..
gandik di dahi telah siap di pasang.Rambut dianyam dengan daun pandan dan benang rose
rambut di bahagi 3 sebelum di letakan pandan.

antara peralatan untuk membuat sanggul lintang,cucuk sanggul tembaga,daun pandan,benang rose,gandik,bunga kertas (dibuat sendiri),gelang kaki,gelang tangan..set baju persalinan bagi pakaian sanggul lintang,tarbus (utk lelaki)..syarat paling utama utk membuat sanggul lintang pengantin mesti diandam dan berambut panjang..sesapa rambut pendek tak boleh yer...heheheantara acara berandam dan perkakasan mengandam yang diperlukan antaranya tepung tawar,kain putih.Anis di andam ,anak rambut digunting dan di masukkan ke dalam air.Ketika berandam semua bulu-bulu di muka akan di cukur ,bulu kening di bentuk anak-anak rambut akan dibuang.
client :Yuhanis
make up touch by jaja@kaseh

No comments:

Post a Comment